Friday, 11 April 2014

Bagaimana Rahsia Kerajaan Bocor? #Suaram

Semalam gempar satu dokumen yang didedahkan dua anggota Parlimen berhubung lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan jadual sebenar sebaliknya draf awal program yang masih dalam perbincangan, demikian menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri.


Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat. [berita penuh]

Antara cara yang paling berkesan adalah merasuah individu yang boleh dimanipulasikan untuk berbuat demikian (curi maklumat) didalam kerajaan hari ini selain menggunakan teknik hacking email dan sebagainya. Jelas apa yang didakwa Presiden JMM tentang 10 Ejen SUARAM memang ada kebenaranya, JELAS, Lihat apa terjadi hari ini?!

SUARAM dikenali dengan nama Suara Rakyat Malaysia yang mana pertubuhan haram ini menerima dana asing [sumber] yang melibatkan jutaan ringgit yang mampu menyogok dan membeli apa jua document yang boleh disabitkan keatas pemimpin kerajaan hari ini.


Dalam sketsa minggu lepas jelas wujudnya wang haram dari SUARAM yang bernilai RM100juta dilesapkan oleh 2 individu yang cukup terkenal dengan mempertahankan SUARAM. Difahamkan juga SUARAM antara syarikat yang menjana parti pembangkang [baca juga]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bagaimana Rahsia Kerajaan Bocor? #Suaram Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!