Wednesday, 30 April 2014

Azmin Bakal Dihukum Anwar?! @azminali @chegubard

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada siapa yang akan terlepas dari tindakan yang bakal diambil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sekiranya terbukti wujud unsur penipuan di dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung termasuk Mohamed Azmin Ali.

Meunurut beliau, pihaknya memandang serius segala penipuan, kecurangan dan kecuaian yang berlaku dan menegaskan bahawa JPP tidak sekali-kali akan melindungi penipuan.

“JPP bukan macam SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), kita tidak sekali-kali akan melindungi penipuan. Datuk Johari Abdul dan Abdul Malek Hussain sudah pergi ke Batang Sadong untuk menyiasat. Sekiranya terbukti adanya unsur penipuan, kita tidak akan teragak-agak untuk batal atau menangguhkan proses pemilihan walau siapa jga calon itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Selasa. Menurut Anwar, PKR bukan macam SPR yang didakwanya suka menipu dalam pilihan raya.

“Kami tidak akan bertolak ansur sekiranya telah terbukti adanya penipuan. Macam di Setiu pun kami tangguhkan pemilihan sebab tempat mengundi itu tidak relevan, 10 batu jauh dari kawasan orang ramai,” kata Ketua Pembangkang itu.

Pada pemilihan parti 2010, Azmin yang menang jawatan Timbalan Presiden juga dikaitkan dengan kontroversi dalam pemilihan apabila keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara ‘kesalahan manusia’.

Keputusan laman web itu menyiarkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051), manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

Kesilapan keputusan tesebut dikatakan berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.

Namun, sejauh mana Anwar akan berpegang kepada kenyataan beliau ini memandangkan isu kontroversi pada tahun 2010 bagi pemilihan parti itu juga gagal diselesaikan secara bermoral dan mematuhi perlembagaan parti.

Perkara ini seperti sudah boleh dijangka, Anwar hanya pantas memainkan peranan untuk menutupi kelemahan parti itu dengan cuba mengaitkan cara pengurusan SPR yang didkawa menipu dalam menguruskan perjalan Pilihan Raya di negara ini.


Sedangkan, ramai tahu bahawa PKR sendiri gagal diuruskan dengan penuh integiriti sehingga turut dilabelkan sebagai parti anak beranak apabila jawatan tertinggi parti itu diisi oleh Anwar sekeluarga.

Semalam pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi und di cabang batang Sadong. Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

JPP semalam menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi berlaku di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa yang berlaku ‘blackout’. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Azmin Bakal Dihukum Anwar?! @azminali @chegubard Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 30 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!