Friday, 25 April 2014

Anwar Sila Bertaubat - Nallakaruppan

Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan mahu bekas rakannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan berhenti menyalahkan kerajaan berhubung kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Katanya, Anwar harus ambil iktibar dari ramai tokoh-tokoh dalam dan luar negara yang terjebak skandal seks sama ada dengan wanita atau sejenis dengan memohon maaf atas kelakuan mereka.


Beliau memberi contoh skandal babitkan bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan pemain golf dunia Tiger Woods.

Menurut Nallakaruppan, dengan taubat, ia dapat membantu proses bersihkan jiwa Anwar.

“Saya tidak pasti jalan mana Anwar pilih sama ada mahu mengaku atau terus bersandiwara menafikan perbuatannya hingga penghujung hayat,” ujar beliau ketika membahaskan ucapan terima kasih titah Agong di Dewan Negara, Khamis.

Beliau mendakwa Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh sangat pandai berlakon dan sentiasa menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).Malah katanya, jika dunia runtuh pun, Anwar akan salahkan UMNO dan BN.

Beliau memberi amaran kepada Anwar supaya jangan lagi memutar belit fakta dan memburukkan kepimpinan negara yang diperintah BN.Nallakaruppan menjawab teguran Abu Zahar dengan memberitahu, beliau memang menunggu Anwar membawanya ke mahkamah.

Dalam perbahasannya, beliau turut membidas pembangkang yang memburuk-burukkan pelaksaan GST yang bermula April 2015.Katanya, pembangkang banyak mengelirukan rakyat dengan membandingkan kadar cukai GST 6 peratus yang akan dilaksanakan berbanding tiga peratus oleh Singapura.

“Mereka hanya cakap itu sahaja tetapi tidak beritahu di Singapura semua barangan kena GST. Di Malaysia barangan keperluan asas tidak dikenakan cukai,” ujarnya. –bnbbc.my

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anwar Sila Bertaubat - Nallakaruppan Daeng Selili Rating: 5 Friday, 25 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!