Tuesday, 8 April 2014

#AGreport2013 : Harga Ikan Melampau KSU Kementerian Kesihatan Mohon Siasat

Dua tiga menjak ini aku sering gunakan twitter untuk berkomunikasi dengan para MP Pembangkang yang berbahas isu GST yang telah diluluskan semalam didalam Dewan Rakyat, Walaupun tidak sekor pun MP Pembangkang melayani aku.

Terpandangan satu entry yang mana cukup gemar di highlight khususnya para totok DAP yang pastinya akan jadi bahan untuk menyalahkan kerajaan dalam isu ketelusan dan kepimpinan hari ini iaitu isu #AGreport2013.


Dalam posting yang diupload dari twitter @norman__g yang disitu digariskan satu perenggan yang mana pihak yang berwajib iaitu KSU dan TKSU Kementerian Kesihatan wajar ambil perhatian iaitu :

"....Bagaimanapun, pihak Audit mendapati harga beberapa item dalam kontrak seperti ikan adalah tidak munasabah kerana harganya lebih tinggi berbanding harga pasaran antara 34.4% hingga 100%."

Dari situ boleh dilihat berlaku penyelewengan mungkin?! Rasuah atau salah guna kuasa yang sering diperkatakan oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan secara tidak langsung?! 

Mohon siasatan dibuat, jika sabit salah MOHON BUANG/SINGKIRKAN individu seperti ini dalam sektor awam atau KSU/TKSU Kementerian Kesihatan sendiri letak jawatan sebab tak bertanggungjawap dalam menjaga amanah rakyat.

Pembangkang semestinya akan tunding pada parti memerintah sedangkan yang diamanahkan sepatutnya buat kerja tapi duk menyamun?!Alih alih penyokong kerajaan pula nak tepis sebab "ular besar dalam rumah".



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#AGreport2013 : Harga Ikan Melampau KSU Kementerian Kesihatan Mohon Siasat Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 April 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!