Sunday, 16 March 2014

Video Wan Azizah Pelekeh Usaha Misi MH370 #MH370 #PRKKajang #KajangMove #Kajang

Sepanjang MH370 dikhabarkan hilang secara tak langsung kewarasan segilintir rakyat Malaysia juga hilang. Aku bependapat hari ini rakyat Malaysia adalah antara penduduk dunia yang paling susah menerima logik akal.

Apabila berita kehilangan pesawat MH 370 mula didendang dimedia arus perdana dan alternatif antara perkara yang pertama didalam kepala aku bagaimanakah rasanya perasaan ahli keluarga/sahabat hadai para penumpang dan krew pesawat tersebut. Jika dilihat dalam blog aku,aku tak menulis atau membuat andaian seperti yang dikhabarkan oleh media asing dan blog-blog pada aku ada yang keterlaluan sehinggakan ada yang sanggup berbohong untuk mencapai "mencapapmu" (Mencari publisiti murahan).

HILANG AKAL?!Dimanakah akal seorang suami memhambakan isteri hingga sedemikan rupa hanya kerana nafsu sendiri?!Kita wajar hentikan kegilaan ini.

Aku berasa amat malu dengan pemikiran segelintir rakyat Malaysia yang berpengaruh dan menuduh semberono dengan komen komen yang negatif khususnya menuduh ini semuanya "salah kerajaan" sedangkan ia bukan sesuatu yang disenajakan apatahlagi melibatkan nyawa Manusia. Implikasi buruk yang diucap khasnya dari lidah pemimpin pembangkang dan penganutnya ini menjadi didikkan kepada mentaliti rakyat Malaysia hari ini.


MAS - Malaysia Airline System satu nama yang cukup gah dimata dunia walaupun dihimpit dengan masalah kewangnya baru baru ini akibat pelbagai faktor. Jangan tak tahu MAS pernah diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan terbaik bertaraf dunia walaupun dalam masa yang sama ia dikritik oleh rakyatnya sendiri dengan hal hal remeh yang cukup mendukacitakan.


Aku percaya, jika api kebencian akan berlaku dan tercetus dinegara ini, itu adalah berpunca daripada dalaman negara kita sendiri. Ia adalah ujian terhadap kita selepas banyak kali kita lupa, leka dan lalai daripada mengingat perintah ALLAH SWT. (5 orang mati telan dadah hari ini)

Selagi kita di negara ini masih banyak bersedekah, banyak berselawat dan memuliakan Allah dan RasulNya serta tidak melakukan perkara terlarang yang melampau seperti berlakunya pesta seks bebas atau hubungan sejenis yang berleluasa, insyaALLAH tanah Melayu ini masih dilindungi rahmatNya.


Semua yang berlaku sekarang ini pasti ada hikmahnya. Lihatlah dari satu sudut yang lain daripada kebanyakan orang. Jangan terikut-ikut dengan pandangan majoriti kerana apa yang diyakini oleh majoriti sudah pasti TIDAK BENAR. Terutama media media asing yang cuba meraih suara MAJORITI dalam setiap penulisan mereka.

Secara serius, aku menyeru semua pihak untuk mengambil langkah penyelesaian bagi kes MH370 ini iaitu dengan mula mengamalkan membaca doa mengelak fitnah dajjal pada setiap kali menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. 


Aku hanya orang biasa sahaja yang sering mengambil tahu akan isu semasa negara. Kerana itu aku mampu menulis artikel panjang macam ini cewaah..

Mengenai MH370 sehingga ada berita terbaru yang diumumkan oleh pihak berwajib. aku berharap pengakhiran kepada insiden ini adalah baik dan sama samalah kita berdoa bukan menuduh bukan bukan seperti yang belaku di Kajang kemarin.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video Wan Azizah Pelekeh Usaha Misi MH370 #MH370 #PRKKajang #KajangMove #Kajang Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 16 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!