Monday, 31 March 2014

Teknik Mudah Selesaikan Isu Jalanraya Berlubang Di Selangor #selangorku


Isu jalan berlopak, berlubang dan rosak antara puncanya adalah dari keadaan tanah yang tidak kuat menyebabkan struktur jalan kawasan perindustrian di sekitar daerah Shah Alam dan ia mudah rosak sekali gus berisiko mengundang kejadian kemalangan sekiranya tidak dibaiki segera.

Aku pernah juga tertiarap disalah satu bulatan disekitar itu tapi alhamdulillah selamat, maklum la mat motor dengan Shah Alam berpisah tiada.


Pihak bertanggungjawab diminta mengkaji permasalahan ini bagi mendapatkan struktur jalan yang rata dan mengikut spesifikasi ditetapkan sekali gus selamat dan selesa untuk pemanduan dan penggunaan industri ini.

Penduduk diharap juga memainkan peranan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terlihat mana-mana kenderaan berat membawa muatan lebih di laluan terbabit.

Aku dulu duduk Shah Alam 4 tahun semasa berkerja sebagai agensi pereka grafik bagi pejabat SUK Selangor. Aku tahu bertapa kurapnya kat pejabat tu..jeng jeng jeng..

Disini aku nak kongsikan teknik mudah nak buat aduan rakyat tanpa perlu menelefon Karam Singh ataupun ketua kampung untuk mengatasi masalah seperti ini.

Apa yang anda perlukan adalah:

1) Cat
2) Imaginasi
3) Keberanian

Firstly, cari jalan yang berlubang


Kemudian, tandakan dengan cat semburan


Pastikan anda menggunakan seluruh teknik dan idea kreatif anda semasa menyembur


Cari laluan laluan yang mengalami keadaan yang sama lihat contoh


Kemudian datang pada hari esokknya, Insyallah...



dalam kes kat Malaysia ni mungkin seminggu or sebulan lepas tuh


p/s: Mohon jangan sabitkan aku jika anda ditangkap terkantui nanti...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Teknik Mudah Selesaikan Isu Jalanraya Berlubang Di Selangor #selangorku Daeng Selili Rating: 5 Monday, 31 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!