Wednesday, 26 March 2014

Program 1Kuale Ditunda! #MH370 #prayforMH370

Demi menghormati dan menzahirkan rasa simpati kepada keluarga penumpang2 dan anak kapal trajedi negara MH 370, maka Jawatankuasa Karnival One Kuale mengambil keputusan untuk menangguhkan program yang di jadualkan pada 28 hb- 29hb Mac 2014.

Pagi ini kedua dua ADUN YB Kamil dan YB Maslin Sham akan membawa perkara ini ke Mesyuarat jawatankuasa tindakan Daerah ( JKTD) yg di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Kami juga telah memaklumkan perkara ini kepada pejabat Menteri Besar. Rasa sedih pilu amat di rasai di seluruh pelusuk negara berikutan trajedi ini.

Negeri Perak akan mengibarkan bendera separuh tiang pada hari ini. Bersama sama kita berdoa dan menghadiahkan Al Fatihah.

Dato Haji Ar. Wan Khair-il Anuar Bin Wan Ahmad
(Ahli Parlimen Kuala Kangsar)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Program 1Kuale Ditunda! #MH370 #prayforMH370 Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 26 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!