Saturday, 22 March 2014

PKR Bakal Menang Mudah?! #PRKN25Kajang #KajangMove


PKR yang mencalonkan Kak Wan bakal menang mudah walaupun tidak perlu semua keluar mengundi. Itulah kata kata dari Pasukan Jalinan Rakyat yang memaklumkan kepada admin walaupun Barisan Nasional berhempas pulas merebut kerusi DUN.25 Kajang pada PRK yang akan ditentukan esok.

Angka yang dikhabarkan kepada admin Kak Wan bakal mendahului Mei Fun dengan jumlah majoriti besar sehingga 5000 akibat kemarahan rakyat kerana kononnya Kerajaan bersikap zalim dan kejam kerana memenjarakan Anwar Ibrahim yang tersayang.



Dari bancian yang dilakukkan oleh JR diketuai oleh Shahrizat sendiri. Kita sepatutnya akur akan kekuatan Kak Wan yang mewakili Anwar Ibrahim atau boleh dikatakan sisa sia perjuangan Anwar sebelum melangkah ke pintu penjara selepas melalui keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan tuntutan pengurangan/Rayuan denda bersabit dengan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi beliau saudara Saiful Bukhari.

Penyokong PKR boleh menarik nafas lega selepas ini. Inilah hakikat yang Barisan Nasional harus telan walaupun pahit. PAS selaku sekutu kuat PR kali ini juga seharusnya sedar tanpa bantuan dari PAS. PKR boleh berjuang sendirian dan ini juga satu tamparan hebat kepada PKR kerana menghina tuan presiden PAS dengan kes saman fitnah terhadap Tuan Haji Awang yang hari ini PAS menunjukkan protes terhadap PKR secara jelas dan bermotif.


PKR Bakal Menang Mudah?! #PRKN25Kajang #KajangMove Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 22 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!