Sunday, 9 March 2014

Pesawat MH370 Disahkan Patah Balik.

Pihak berkuasa mengesahkan pesawat MH370 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemungkinan besar pesawat tersebut ingin berpatah balik ke KLIA.

Katanya, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.

"Kita masih menyiasat mengapa juruterbang tersebut tidak memaklumkan kepada menara kawalan sebelum berpatah balik dan laluan mana yang diambil.

"Kami sedang bekerjasama dengan agensi perisikan dan penyiasatan antarabangsa untuk menyiasat kes ini dengan lebih mendalam," katanya pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini. - KOSMO!

Kelip kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pesawat MH370 Disahkan Patah Balik. Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!