Friday, 28 March 2014

#MH370 : Kerajaan Tidak Guna Khidmat BOMOH BUAYA

Kerajaan tidak mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan menyelar usaha pihak yang mengarahkan untuk menggunakan khidmat bomoh yang melanggar batasan syarak dalam pencarian pesawat berkenaan.


“Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim),” katanya.

Jamil Khir berkata, demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Pada 10 Mac lalu, Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya ‘raja bomoh’, menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.

Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.

Menurut Jamil Khir, perbuatan itu amat dikesali dan memalukan ketika dunia sedang melihat kesungguhan Perdana Menteri dan kerajaan bagi mengesan MH370. Bomoh berkenaan melakukan ritual antaranya menggunakan kelapa dan bubu serta tikar.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

“Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam,” katanya.

Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA. - bnbbc.my

Daeng : Yang aku pelik ada pulak yang ikut dan siap mengikut doa beliau, yang lebih menyirapkan beliau suka memetik nama nama individu yang telah meninggal dunia sebagai saksi atas "jasa" beliau kepada negara kononnya.

Jika beliau pernah berbakti kepada negara ini akan tetapi pernahkan beliau mengukur semula kata kata beliau yang jelas penuh perasaan riak dan sombong yang jelas bukan mencerminkan seorang yang cukup berilmu dan "berisi"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#MH370 : Kerajaan Tidak Guna Khidmat BOMOH BUAYA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 28 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!