Tuesday, 4 March 2014

Kes Bunuh Polis Di Kelang

Makluman Kes Anggota MPV SEL 103
Diserang oleh (5) lelaki dipercayai Indonesia Bersabit Klang repot 7892/14

PENGADU
Seorang anggota Polis bernama Kpl Wahab yang bertugas di Bilik Gerakan IPD Klang Selatan.

FAKTA KES
Pada 04/03/14 @ 0500hrs semasa pengadu bertugas di Bilik Gerakan IPD Klang Selatan telah dimaklum bahawa dua orang anggota MPV SEL 103 telah diserang oleh (5) orang lelaki dipercayai Indonesia di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang Selangor. Dalam kejadian ini, (2) suspek telah ditembak mati dan (1) anggota Polis telah meninggal dunia.

Butir-butir anggota yang cedera:-
1) Kpl RF93386 Raja Aizam bin Raja Mohd (simati)
- Berumur 53 tahun
- Pemandu MPV SEL 103
- Cedera di kepala

2) Kpl RF158273 Mohd Aidil bin Mustafa
(zon merah Hospital Klang)
- Berumur 29 tahun
- Krew MPV SEL 103
- Cedera di muka dan kepala

Butir-butir suspek yang mati masih belum dikenalpasti.

SIASATAN AWAL

Pada 04/03/14 @ 0430hrs semasa MPV SL103 melakukan rondaan sampai di tempat kejadian telah terserempak dengan 4-5 lelaki disyaki Indonesia. Anggota telah buat pemeriksaan dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, pistol milik Kpl Raja Aizam (simati) telah dirampas dan suspek telah cuba menembak Kpl Aidil tetapi tidak meletup. Kpl Aidil berjaya merampas senjata milik Kpl Raja Aizam dan telah berjaya menembak (2) suspek.

Pada jam 0500hrs, MPV SEL 118 yang dianggotai oleh Kpl Farizal dan L/Kpl/S Amar, MPV SEL 48 yang dianggotai L/Kpl 158273 Badrul dan L/Kpl/S 16384 bersama anggota CPJ Klang telah memberi bantuan di tempat kejadian. Semasa pasukan bantuan sampai, Kpl Raja Aizam (simati) berada di dalam longkang dalam keadaan cedera, manakala Kpl Aidil sedang mengacukan pistol kepada kedua-dua suspek yang telah ditembak dalam keadaan cedera.

MPV SEL 118 telah bawa Kpl Raja Aizam ke hospital, manakala MPV SEL 48 membawa Kpl Aidil ke hospital. Kpl Raja Aizam telah meninggal dunia apabila sampai di Hospital Klang, manakala Kpl Aidil masih menerima rawatan.

Satu bilah pisau dijumpai di tepi simati. Siasatan masih dijalankan di tempat kejadian dengan bantuan Forensik IPK Selangor.

Kes disiasat dibawah Sek 302 KK, IO ASP Ravi. Sekian untuk makluman!

Pst : Jenazah arwah Raja Aizam bin Raja Mohd selamat tiba dikampung halaman beliau di Sayong,Kuala Kangsar. Perak.

Gambar sekitar majlis pengkebumian arwah. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Raja Aizam bin Raja Mohd.

Al-Fatihah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kes Bunuh Polis Di Kelang Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 4 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!