Wednesday, 19 March 2014

Kenapa Sokong Chew Mei Fun? #PRKN25Kajang #PRKKajang #PilihMeiFun


Sejak aku menulis mempromosikan calon MCA yang cukup pakej sebagai ADUN KAJANG ramai penyokong berketurunan Melayu totok DAP mengecam tidakkan aku kerana menyokong orang Cina sebagai pilihan sebagai pemimpin.Siapa lebih rasis sekarang?PR atau UMNO?!

Kali ini aku lihat mereka secara jelas mereka yang lebih bersikap perkauman dalam politik Malaysia jika tidak sebelum ini bukan main lancang mulut mereka mereka berkata UMNO rasis sedangkan apa yang aku tulis disini bukan suara UMNO ini adalah blog peribadi yang menyokong pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang mana lebih BERSIH berbanding Pakatan Pembangkang yang rata-ratanya mempunyai track-record yang hancur lagi tak boleh pakai.


Blog ini jika ada menulis tentang orang Cina ianya adalah lebih menjurus pemimpin DAP dari susur galur darah komunis yang subur didalam DAP yang mana PAP sebagai think-tank mereka dari Singapura. Pernahkan PAP menafikan akan hal ini ketika LGE sendiri mendabik dada menunjukkan kepada LKY ketika berjaya merampas Pulau Pinang pada PRU lepas? Pernahkah PAP menafikannya?!

Semenjak PAS bersama DAP nyata mereka diperkudakan lebih dari sebelum ini, DAP sedar akan kekuatan PAS boleh mengekang kemaraan jentera UMNO yang mana lebih bersikap "abang" kepada MCA & MIC. Penyokong Melayu PR mangatakan usaha sama MCA dan UMNO kini tidak lagi memberi hasil kepada pemerintahan BN di Malaysia tetapi mereka sendiri lupa hari ini atas dasar muafakat yang masih setia bersama BN lah, BN masih memerintah Malaysia.


Ada segelintir didalam kelompok orang Melayu (kononnya lebih melayu dari aku) mengecam aku kerana menunjukkan rasa tolak ansur menyokong calon Barisan Nasional yang berbangsa Cina sedangkan aku menyokong atas dasar pemuafakatan yang sekian lama diterapkan antara MCA-UMNO. Usah bercerita pada aku jika ada agenda sulit dalam membawa suara suara bukan dari kepimpinan UMNO hari ini. Aku selaku orang muda cukup jelas dalam hal ini. 

Jika aku boleh menuduh PAS dan PKR membenci UMNO hanya kerana meminjam kata kata pemimpin yang terdahulu. itu tidak mustahil kepada senior senior yang kononnya lebih Melayu dari aku. Jangan heret orang muda dengan agenda dan dendam lama kepada kepimpinan hari ini.

Tak suka cara UMNO?!Itu bukan Masalah aku...Aku sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa aku lebih rela menyokong bukan melayu asalkan bukan dari kalangan orang yang mengakui islam akan tetapi perangai lebih hina dari haiwan.

Sokong Chew Mei Fun..Tolak Refomasi!!!

Hari ini calon BN ini telah difitnah cybertrooper pembangkang : KLIK SINI





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenapa Sokong Chew Mei Fun? #PRKN25Kajang #PRKKajang #PilihMeiFun Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 19 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!