Thursday, 27 March 2014

@H2OComms @Najibrazak Rakyat Malaysia Meluat Laporan Seleweng #boycottCNN #MH370 #prayformh370

Entri kemarin aku tulis adalah membidas tindakkan CNN yang mengeluarkan berita jelas mempelekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam menangani isu pesawat hilang MH370 yang dilaporkan berakhir (mungkin terhempas atau apa-apa belaku) di Selatan Lautan Hindi seperti mana yang dilaporkan oleh pihak yang terlibat dalam Misi SAR MH370.

Ada yang ketawa bila aku mulakan hastag #boycottCNN (idea Adam Mukriz) akan tetapi sedahkan kita media barat mengentam Malaysia seperti mahu Malaysia bertanggungjawab 100% akan insiden ini sedangkan yang jelas dalam laporan ia adalah kerja "orang luar" bukannya Pilot ataupun rakyat Malaysia.

Printscreen CNN yang jelas menipu pembaca/penonton

Cuba kita ketepikan fahaman politik untuk isu MH370 dan jangan sesuka hati menyalahkan kerajaan yang kini semakin hari wartawan asing memberi banyak tekanan kepada Perdana Menteri DS Najib Razak dan Hishamuddin Hussien Onn.

Pemimpin pembangkang ada yang cuba mendesak kerajaan agar "melatah" sepertimana kejadian pencerobohan di Lahat Datu mereka tidak kunjung menekan kerajaan tetapi apa yang mereka cuba bantu semestinya TIADA, hanya memekak didalam saluran twitter macam anak anjing hilang ibu. Tindakkan berhati-hati dan berwaspada pada angin perubahan maklum jelas membantu kerajaan menangani isu tersebut walaupun ada manusia yang berhati binatang mengatakan itu adalah sandiwara.

Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya mempertahankan kerajaan kita yang sedang bertungkuslumus menyelesaikan masalah ini, pemimpin pembangkang aku kira boleh tidur lena bagaimana dengan pemimpin kerajaan dan staff staff yang terpaksa bersengkang mata dan memerah keringat untuk menjayakan misi ini. pernahkah kita kenangkan apa rasa dan perihnya para pasukan mencari yang kini berada diudara dan lautan selama misi mencari ini?


Aku memuji tindakkan saudari Lina Hasan yang menegur CNN yang sering mengeluarkan berita yang bias dan tidak tepat. Dan aku yakin ramai yang setuju dengan beliau.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@H2OComms @Najibrazak Rakyat Malaysia Meluat Laporan Seleweng #boycottCNN #MH370 #prayformh370 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!