Saturday, 29 March 2014

Gerakan Menjatuhkan DS Najib?


"UMNO tiada pemimpin berbakat" itulah ayat-ayat yang biasa digunakan oleh macai-macai pembangkang kini diceduk oleh bekas pengarang NST merangkap blogger Daim dalam usaha beliau menjatuhkan kepimpinan UMNO hari ini?! 


Antara pengkianat tua dalam UMNO adalah pencetus gerakan-gerakan yang mahu menjatuhkan pemimpin sendiri itu yang belaku pada zaman Tun Abdullah yang didalangi orang seperti Daim dan Kadir.

Kali ini kononnya ada bibit-bibit untuk jatuhkan Najib, aku sebagai orang muda cukup jelas gerakkan bodoh dan penuh pentingan peribadi ini sebab penyokong UMNO sendiri tak nampak gerakan seperti ini nak selamatkan UMNO.

Gerakan ni datang dari 2 orang yang ada isu dr segi kejujuran dan kepentingan. Tak lupa K.Jasin sendiri pernah menghina blogger pro UMNO dengan pelbagai gelaran dan perumpamaan yang sedikit sebanyak jelas cuba mewujudkan "push factor" yang akhirnya dipandang sepi.

Dahulu K.Jasin bukan main megah mengutuk blogger kononnya "Blogger UMNO basuh berak dihalaman sendiri" hari ini beliau sendiri bercakap dilaman pembangkang macam "menari bogel didepan pak mertua" bodoh,naif dan menjengkelkan.

Gerakkan menjatuhkan pemimpin yang seperti ini jelas dalam Islam ditegah. Dakwaan tiada bakat baru dalam UMNO satu tuduhan yang jelas beliau sendiri berada disudut pandangan penuh perasaan dendam kesumat.

Apa kurangnya YB Khairy Jamaluddin? Adakah kerana mereka-mereka ini 'tanker' gerakkan menjatuhkan pak lah dahulu layak menafikan kredibiti pemimpin muda seperti KJ?!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Gerakan Menjatuhkan DS Najib? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 29 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!