Sunday, 9 March 2014

Datin Seri Bukan Ahli Politik!

Sedang gawat PKR dan PAS bertekak untuk meletakkan calon masing masing dipenamaan calon PRK Kajang akan datang. Datin Seri Rosmah membuat kejutan kepada rakyat dengan turun hadir sama memberi sokongan moral kepada para ahli keluarga dan sahabat handai mangsa kehilangan pesawat MH370 yang kini hampir 100% menceritakan tentang perkara ini didada akhbar mahupun media altenatif.

Berlainan dengan perspektif pembangkang terhadap insiden ini seolah olah ianya satu konspirasi jahat kerajaan dalam mengalih isu saman Anwar Ibrahim yang disabitkan BERSALAH meliwat pembantu peribadi beliau saudara Saiful Bukhari pada 2008.

Hati busuk dan mulut longkang segelintir pemimpin dan penyokong totok pembangkang menuduh kerajaan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan bertapa sensitifnya perasaan keluarga mangsa ketika ini.

Seluruh media asing bercerita sesuatu berita yang belum dibuktikan dengan fakta lalu disambut oleh pembangkang dan memanipulasikannya menjadikan keadaan negara diambang kecelaruan pemikiran rakyat yang jelas memburukkan lagi keadaan. Ini tidak sedikitpun membantu perjalanan siasatan perkara ini.

Datin Seri Rosmah walaupun dikritik seolah berkuasa seperti menteri adalah momokkan tuduhan pembangkang yang cukup jelas tidak berasas malah bersikap iri hati dengan keprihatinan Datin Seri dalam membantu suaminya DS Najib menangangi keadaan tegang ketika ini didada para ahli keluarga yang terlibat.

Walaubagaimanapun, Terima kasih dan syabas kepada Datin Seri diatas keprihatinan beliau.

Beza beliau dengan Wan Azizah ibarat langit dengan bumi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Datin Seri Bukan Ahli Politik! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!