Wednesday, 5 March 2014

Daim 'Kepala' Rasuah - Anwar

KAJANG 3 : Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.

"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera dDaerah Mengundi Bandar Kajang.

Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.

"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " kata Anwar.

"Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, " katanya.

Hadir sama Cdalam program ceramah tersebut ialah ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Adun Taman Templer, Tuan Zaidi Abdul Talib pimpinan KEADILAN Selangor. - Keadilan Daily


Komen daeng :

DAIM Adalah antara orang paling lantang mengkritik kepimpinan DS Najib dengan pelbagai kutukkan hari ini dibalas dengan reaksi ketua pembangkang.

Inilah dinamakan 'hukum karma' akibat keceluparan beliau kini membawa kepada ketidak puasan hati orang lain terhadap beliau.

Jangan nanti kata orang pro-UMNO pula fitnah atau 'bogelkan' Tun Daim.

http://mediarakyat.net/2014/03/03/anwar-ibrahim-tun-daim-manusia-paling-rasuah-dalam-sejarah-malaysia/

"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " - Anwar.

Nampaknya Anwar nyanyuk macam berkas rakan sejawat dia juga, Anwar tidak sepatutnya menyalahkan DS Najib kerana apa yang dituduh kepada Daim adalah dari kaedah pemerintahan yang sebelum ini.

Jika Anwar berani menuduh Daim sedemikian secara tidak langsung Anwar juga tidak boleh menafikan beliau mempraktikkan teknik yang sama. Cuma bezanya Anwar menggunakan proksi dalam negara seperti rakan PKR beliau Azmin Ali dan yang lain lain semasa beliau menjadi menteri kewangan.

Ingat rakyat buta?!Kalau beliau betul..Hari ini beliau PM!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Daim 'Kepala' Rasuah - Anwar Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!