Wednesday, 19 March 2014

Ada Cubaan Musnahkan Perpaduan Sesama Islam?!



Seketeriat Selawat Perdana 1435H hari ini (semlam) tampil membuat laporan polis selepas mengesan beberapa individu yang telah melakukan sabotaj terhadap poster rasmi program tersebut.

Ketua Biro Sukarelawan Seketeriat Selawat Perdana 1435H, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, tindakan sabotaj tersebut sengaja mengkhianati misi dan visi perpaduan dan keamanan yang dibawa sempena penganjuran majlis mengingati Rasulullah saw.

"Kami ingin tekankan bahawa tujuan program selawat ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej penyatuan dan persaudaraan umat sesama umat islam.

"Kami mengecam dan kesal dengan tindakan individu terbabit yang jelas telah menghina dengan menggunakan kata-kata cacian dan penghinaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini.

Nur Aizat menjelaskan, tindakan itu juga mampu mencetuskan ketegangan dan perpecahan antara agama dan bangsa.


Katanya, setiap kaum di negara perlu menghormati agama dan bangsa satu sama lain agar negara ini terus berada dalam keadaan harmoni.

"Kami bimbang sensitiviti agama dan kaum ini merupakan perkara yang amat sensitif dan jika ianya melarat ketegangan kaum boleh terjadi.

"Kita perlu ambil serius dengan perkara ini, dan peringatan kepada setiap individu di negara ini agar terus menghormati antara satu sama lain agar keadaan aman yang kita kecapi sekarang terus dapat dinikmati," ujarnya

Poster rasmi Selawat Perdana dengan pelbagai kata cacian dan makian dalam tulisan cina dikesan di laman sosial antaranya 'Facebook' dan 'Twitter' sejak semalam.

Program selawat tersebut yang bertemakan 'Malam Cinta Allah Dan Rasul' bakal berlangsung pada hari Jumaat, 21 Mac 2013 bertempat di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. - Rakyat News

Daeng : 
Tidakkah ada cara yang lebih baik untuk menangani keadaan seperti ini dari terus terusan belaku?! Motif jelas...Bukti ada..Tangkap?!

Kebebasan yang terus terusan yang memudaratkan negara seperti ini membuatkan aku rasa kerajaan elok haramkan fesbuk atau daftar akaun fesbuk dengan syarat yang cukup ketat!

Hari ini agama pun depa dah berani 'sentuh'..lepas ini anak-bini kita pula agaknya?!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ada Cubaan Musnahkan Perpaduan Sesama Islam?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 19 March 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!