Wednesday, 5 February 2014

Video Teresa Disiasat Dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Polis membuka kertas siasatan terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan penerbitan video Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang dipercayai melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Kok kini disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.
WATAK Wanita ini melontarkan kata-kata yang cukup memberi kesan kepada penonton berbangsa cina dan ini menimbulkan lagi rasa perkauman cina terhadap bangsa lain.

"Kami sedang menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya kepada pemberita selepas seminar pencegahan jenayah Kampus Kor Suksis Universiti Malaya, di sini Selasa.

Kok yang juga naib pengerusi DAP, didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar luas melalui laman YouTube sejak Isnin lepas.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Kok itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.- BERNAMA

Ramai orang melayu dijerit "perkauman" terutama penyokong parti politik terutama UMNO bila dengan secara lisan dan perbuatan orang Melayu itu. tetapi seandainya bangsa lain yang menyindir bangsa melayu dalam dialek bahasa dan cara penyampaian yang cukup "perkauman" itu dibolehkan?!

Jujurnya aku lihat disini jelas lagi nyata serangan perkauman yang amat menebal adalah datangnya dari parti DAP yang terang terang menolak hujah perlembagaan bahawasanya orang Melayu mempunyai kelebihan di Malaysia iaitu sebagai syarat utama kepada bangsa lain yang duduk di Malaysia sebelum Merdeka untuk diterima sebagai warganegara.

Yang amat menyedihkan hari ini bila mana orang melayu sendiri mempertikaikan kelebihan ini malah mahu berkongsi kuasa politik demi melangsaikan dendam kesumat. apakah yang bermain difikiran para pemberontak bangsa melayu ini?

Bukan melayu "melembukan" orang melayu...Islam dicaci dihina...apakah ini modal perjuangan demi kelangsungan anak cucu kita sendiri nanti?! jika hari ini pihak pembangkang yang masih belum berkuasa penuh di Malaysia telah meminta itu dan ini demi bangsa mereka dan agama mereka, bagaimana ketika mereka-mereka ini memegang tampuk pemerintahan negara?!

Pihak pembangkang berjaya meracuni orang Malaysia hari ini sehinggakan diantara mereka berbangsa melayu senyap seribu bahasa bila dengan jelas video penuh dengan sindirian yang cukup menghiris hari masyarakat Malaysia.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video Teresa Disiasat Dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!