Monday, 10 February 2014

Tindakkan Waythamoorthy Ibarat "diberi madu dibalas tuba" @NajibRazak

Pengunduran Waythamoorthy jelas meletakkan nasib bangsa india di Malaysia yang kononnya tidak terbela dan tidak mempunyai ruang dalam pemerintahan di Malaysia 

Hari ini dengan tidak semena mena, Waythamoorthy "mengulangi" tindakkan yang tidak menguntungkan orang india sendiri kerana amanah yang diletakkan dibahu beliau kini ditepis dengan egonya.

Dahulu pelantikkan Waythamoorty sebelum ini dikecam hebat kononnya PM terlalu melayani tuntutan bersifat ugutan yang diperjuangkan golongan HINDRAF yang tidak mewakili suara masyarakat India di Malaysia atas dakwaan masyarakat India dipinggirkan hingga tertubuhnya gerakkan HINDRAF yang memaksa PM membuka ruang luas untuk suara mereka didengari.

TIndakkan ini yang cukup mencalarkan imej pemerintahan DS Najib yang bersifat "mendengar" dibalas dengan perbuatan yang tidak sewajarnya oleh seorang yang  kononnya berpendidikkan iaitu Waythamoorthy.

Lantaran tindakkan beliau, DS Najib kini didalam keadaan sedikit tegang kerana ada antaranya beberapa kumpulan sedang cuba mempertikaikan apa yang DS Najib rencanakan untuk masyarakat Malaysia kini "dihijack" oleh ketua HINDRAF ini. 

Kerajaan DS Najib cukup dengan keterbukaanya dan cukup bertoleransi sesama kaum akan tetapi niat baik DS Najib sering dipersendakan malah lebih mudah dikatakan menghina ibarat "diberi madu dibalas tuba"

Admin menyokong penulisan sahabat admin dimana beliau mengesyorkan DS Najib agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih wakil dari kalangan orang berbangsa India. Yang bakal bersama-sama membangunkan ekonomi, sosial dan kemuafakatan sesama bangsa di Malaysia. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tindakkan Waythamoorthy Ibarat "diberi madu dibalas tuba" @NajibRazak Daeng Selili Rating: 5 Monday, 10 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!