Friday, 7 February 2014

Teressa Kok : Why is it so hard to say Sorry?

Ade yg inbox bertanyakan apa yg saya maksudkan tajuk tulisan saya 'Racist In The First'. Katanya tulisan saya kabur dan tidak 'straight to the point'.

Yeap, saya setuju. I guess Im very much a Malay. Nak mengutukpun, kekadang masih lagi berkias. Harap harap org faham2 lah.

Apa yg hendak saya sampaikan ternyata terpampang luas dengan kejadian yg mana orang2 Melayu menyuarakan ketidakpuasan hati di KL hari ini. Banyak yg diperkatakan sehingga beberapa ekor ayam dikorbankan; sesuatu yg saya sendiri sedih.

Orang2 Melayu bukan golongan yg aggresif pada sifat dasarnya. Bercakap pun berlapik dan berkias. Pemaaf, mudah sejuk dan mudah mesra. Walau bagaimanapun orang Melayu apabila diasak bertubi2 akan mudah mengamuk. Dan sedikit sebanyak bunga2 ke arah itu diperlihatkan hari ini.


Saya sendiri seorang yg liberal dan terbuka, yg pernah dipanggil 'Ah Chot' semasa di Lancaster Uni dulu kebelakangan ini sudah mula merasa bahang kepanasan. Banyak tulisan yg agak panas ditulis.

Kenapa ini berlaku?. Ini yg saya maksudkan 'Racist in the First'. Keadaan sekeliling yg mendesak dimana melayu didesak secara bertubi2. Khalimah Allah, bibble bahasa melayu, dipaksa buka tudung, keceluparan golongan DAP Cina yg melampau dan lain2 peristiwa kebelakangan ini, menghasilkan tidak balas yg lebih aggresif oleh orang Melayu. 

Org Melayu tidak dapat tidak terpaksa mempertahankan dan dari situ kemungkinan utk bertindak balas.

Saya menyeru supaya semua pihak menghentikan provokasi ini. Saya risau ianya berlarutan mungkin menyebabkan kemarahan yg lebih parah lagi.

Sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat, Teressa Kok sepatutnya menjadi agen keamanan, tapi mungkin kerana otaknya yg terlalu taksub membuat dia hilang harga diri dan pertimbangan diri.

Saya meminta YB Teressa meminta maaf secara terbuka utk kita sama2 mengekang perkara ini dari berlarutan. Be A State Lady, will you, YB? Why is it so hard to say your sorry? 

Kepada Pemimpin2 Negara bertindak dgn cepat dan berkesan. Takkan nak tunggu berlaku sesuatu yg buruk baru nak bertindak. You are the Government of the Day, pls ACT like one...

Keep Calm....

-CuitOrgKayaHajiMenulis-

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Teressa Kok : Why is it so hard to say Sorry? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 7 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!