Sunday, 2 February 2014

Teresa Kok Bukti Bertapa Rasisnya Mereka

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak agar meminta maaf secara terbuka selepas menerbitkan sebuah video yang menunjukkan beliau tidak menghormati keharmonian kaum Malaysia.

Calon MCA Parlimen Bandar Tun Razak Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Tan Kok Eng berkata video tersebut boleh menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia sekiranya pihak bertanggungjawab tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Teresa Kok.

"Tindakan dia (Teresa Kok) secara tidak langsung menghina pemimpin dan isteri pemimpin tertinggi kita kerana bersempena Tahun Baru cina, bagi saya kita perlu bercakap dengan berhemah .

"Saya tindakan perlu dilakukan dan dia harus tahu perasaan kaum di negara kita ini," katanya ketika dihubungi wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Disamping itu, beliau turut berharap Teresa Kok untuk tidak mengulangi tindakan tersebut sekiranya selepas ini Teresa Kok telah meminta maaf secara terbuka.

Sebelum ini, Teresa Kok telah menerbitkan satu video Tahun Baharu Cina yang bertajuk ' ONEderful Malaysia' berunsur sindiran dan penghinaan terhadap pemimpin dan isu semasa politik di Malaysia.

Video tersebut menggambarkan forum bersama tiga orang panelis dan Kok yang merupakan bekas Pengerusi DAP Selangor ditugaskan sebagai pengacara dalam program video itu.


Panelis pertama dikenali sebagai, Uncle Wai yang memakai cermin mata dan berperwatakan menangis.

Manakala panelis kedua, adalah Master Yan Yan pakar dalam Feng Shui dan pelancongan berkata, Malaysia satu- satunya negara Asia yang berada dalam senarai jenayah tertinggi.

Ia seolah -olah menyindir krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina.

Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Sementara itu, panelis ketiga untuk forum tersebut adalah Puan Jit yang berperwatakan dengan gaya rambut besar dan kilauan cincin berlian penuh di jarinya.

Video berdurasi 11 minit 39 saat itu merupakan cubaan Teresa untuk menabur kebencian terhadap kerajaan Malaysia dengan melakukan provokasi secara sindiran mengenai isu-isu semasa.

Terbitan video tersebut turut mendapat kecaman pelbagai pihak yang telah membuat laporan polis terhadap Teresa terutama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini yang tampil membuat laporan polis mengecam tindakan video Teresa.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Teresa Kok Bukti Bertapa Rasisnya Mereka Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 2 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!