Sunday, 9 February 2014

Siapa Teresa Kok?!



Sedikit fakta mengenai Teresa Kok Teresa Kok Suh Sim lahir pada 31 Mac, 1964 merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina Hakka dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). 

Teresa berketurunan Hakka Huizhou, Wilayah Guangdong di China. Beliau memperolehi ijazah petamanya daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dengan melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Komunikasi, dan ijazah kedua daripada Universiti Malaya dalam sains politik, dan juga Sarjana Falsafah. Tesisnya adalah mengenai UMNO, bertajuk "Factionalism in Umno During Dr Mahathir's Era (1981 - 2001)".

Beliau merupakan calon yang memenangi dengan majoriti undi terbesar dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 pada 8 Mac 2008. Berikutan kemenangan pada pilihan raya umum 2008, beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor setelah menjadi ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh. 

Pada 12 September 2008, beliau telah ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi dibebaskan kira-kira seminggu selepas tarikh tersebut.


PERTIKAIAN MENGENAI TULISAN JAWI, 

Teresa Kok telah mencadangkan bahawa, adalah lebih baik untuk menukar tulisan Jawi yang ditulis di setiap papan tanda Jalan di sekitar Kuala Lumpur. Teresa Kok mengatakan sebegitu kerana beliau merasakan bahawa tidak ramai orang di Kuala Lumpur yang tahu berbahasa Melayu dan tulisan Jawi. 

Di dalam blog pribadi beliau, Teresa Kok mengatakan memandangkan tulisan Jawi tidak digunakan lagi adalah lebih baik untuk menukarkan papan tanda tersebut kepada papan tanda "Muhibbah" yang dicadangkan oleh beliau.Kenyataan beliau menaikkan kemarahan orang Melayu, mereka telah mengadakan himpunan dan perbincangan mengenai perkara tersebut. 

Kerajaan pula telah menahan Teresa Kok diatas tuduhan menyebabkan kekacauan kaum. 

Walaubagaimanapun, penahanan Teresa Kok adalah lebih berbentuk untuk menjaga keselamatan beliau. Rumah beliau telah dibaling bom petol molotov, dan ini menyebabkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu. Tiada kecederaan dilaporkan di dalam kejadian tersebut.


MEMPERLAHANKAN AZAN

Pada tahun 2008, Teresa Kok telah menyuruh agar Azan di kawasan parlimen beliau di perlahankan. Ini menaikkan kemarahan orang Islam. 

Teresa Kok telah memfailkan saman kepada Utusan Malaysia dan kolumnist mereka Zaini Hassan kerana menulis tentang kenyataan rasis beliau.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Siapa Teresa Kok?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!