Thursday, 27 February 2014

Semoga Penyokong PAS Tidak Ditipu!

Sudah 3 hari perintah mahkamah kepada Tok Guru Haji Hadi Awang tetapi tiada siapa yang berani menyanggah PKR waima dari PKR sendiri mahupun DAP.

Dilihat apa yang terjadi ketika ini adalah satu wayang yang cukup memperbodohkan penyokong PAS sendiri atau mungkin ini strategi plan PKR untuk menyerahkan kerusi Dun Kajang kepada calon PAS akibat 'keterlanjuran' PKR menyerang presiden PAS dikamar mahkamah.

Dicorong corong blog dan media propaganda PAS semua mengarahkan diadakan solat 'hajat' untuk menyelamatkan Haji Hadi dari serangan 'musuh' yang terang terangan menyindir PKR dan sekali gus menaikkan kemarahan penyokong PAS sendiri akan tetapi tidak dizahirkan dalam penulisan atau tindakkan mereka.

Diketika ini sibuk tabung bantuan Hadi dilancarkan untuk meringankan beban Hadi yang tergigit lidah sendiri kerana mengatakan sesuatu yang tidak sahih?!

Tabung terus berjalan, Hadi Awang belum bersuara malahan dari PKR dan DAP juga begitu. Aku yakini Duit BR1M semakin banyak disumbat didalam tabung bantuan tersebut.

Aku rasakan diakhir babak cerita ini. PKR beri kerusi pada PAS! Manakala saman tersebut diselesaikan diluar mahkamah. Duit tabung BR1M tu sebagai dana pilihanraya kecil Kajang untuk PAS!PAS memanipulasikan ehsan dan kasihannya penyokong dan rela dipijak PKR demi sebuah kerusi DUN.

Tak percaya? Tungguu....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Semoga Penyokong PAS Tidak Ditipu! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!