Tuesday, 25 February 2014

#SelawatPerdana : Bakal Gemakan #Putrajaya Dengan Qasidah dan Selawat Kepada Allah & Rasul

Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :
Instagram : @SelawatPerdana


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SelawatPerdana : Bakal Gemakan #Putrajaya Dengan Qasidah dan Selawat Kepada Allah & Rasul Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 25 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!