Monday, 24 February 2014

Saman Fitnah 'Wahyu' Tok Guru Hadi Awang Makan Diri


Kerana terlalu menyalahkan orang lain akibat kegagalan otak dan akal sendiri hari ini dalam sejarah seorang yang digelarkan "tok guru" dalam parti islam yang kononnya membawa perjuangan islam sejati didapati bersalah dalam kes fitnah calon PRU13 DUN Bukit Besi Saudara Mohd Shamsul.

"Tok Guru" yang disegani dan dihormati kini lagaknya seperti penyangak dikalangan mereka sendiri menabur fitnah terlampau sehingga memakan diri. Jumlah denda yang dikenakan begitu tinggi dan ini bakal mengheret penyokong berkopiah untuk menderma wang BR1M demi menghalalkan perbuatan "tok guru".

Pastinya perasaan benci dan geram semakin menebal kerana ini dengan mudah dikatakan konspirasi UMNO untuk memecahbelah perpaduan Parti Pakatan Rakyat yang ditunjangi "bapak rasuah" dan "tok guru" yang kini semakin hanyut ibarat "bangkang ke longkang".

PAS perlu sedar bahawa tindakkan ini adalah satu bentuk penentangan ke atas mereka(PKR/DAP) sendiri yang selama ini PAS membantu PKR dan DAP akhirnya memudaratkan diri sehingga "tok guru" sendiri "terdesak" dengan bermain fitnah sesama sendiri (dengan PKR) apatah lagi pada lawannya (UMNO/BN).


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saman Fitnah 'Wahyu' Tok Guru Hadi Awang Makan Diri Daeng Selili Rating: 5 Monday, 24 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!