Thursday, 27 February 2014

Saifuddin Bidas Daim : Ya, Anwar 'lemah'


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia. Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim."

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini (semalam).


Dari apa yang cuba disampaikan kepada umum oleh Saifuddin adalah cubaan membanding tara antara Anwar dan Daim. Akan tetapi individu yang cuba "sorok" hartanya dan individu dengan harta yang "tersorok" dua perkara yang tiada beza. Jika Daim dilihat cuba di'coverline' oleh pemilik Majalah Malaysian Business dan Anwar pula di cover oleh Saifuddin selaku pendukung Anwar. Bak kata pepatah ibarat meludah kelangit.

Dua individu ini sememangnya kaya raya melimpah mangkuk tapi apalah adanya jika saling tunding menunding. Salurkan kekayaan itu kepada yang memerlukan. Bukan boleh kambus bawa dalam kubur pun.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Saifuddin Bidas Daim : Ya, Anwar 'lemah' Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!