Saturday, 1 February 2014

Rafizi Dengan Anwar Satu Ketika Dahulu

Beria-ia sungguh Rafizi Ramli cuba manipulasi kecaman banyak pihak termasuk pengundi di Kajang yang tidak senang hati permainan politik PKR dalam mncaturkan PRK DUN Kajang.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR itu memohon maaf dan mengakui beliau merancang srategi politik partinya yang melihat Adun Kajang Lee Chen Cheh meletak jawatan dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding menggantikannya.

Ramai yang ingin tahu pasal hubungan Rafizi dengan Anwar satu ketika dahulu

Pada Jumaat, ahli Parlimen Pandan itu sekali lagi mengulangi PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN demi memberi laluan kepada Anwar dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

“Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak. Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat. Ia demokratik dan ia juga sadistik.

“Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

“Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

“Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan UMNO,’ ujar Rafizi di forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ di ibu negara.

Portal pro pembangkang menggambarkan Rafizi sebak ketika mengeluarkan kata-kata demikian yang kononnya satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

“Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

“Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?” katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman UMNO yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

Hebat sungguh sandiwara Rafizi. Beliau cuba melawan api dengan air tetapi malangnya air itu bercampur minyak.

Kepada Rafizi cukuplah berlakon apatah lagi mengaitkan strategi PRK Kajang bertujuan mengekang politik perkauman yang kononnya mainan UMNO.

Adakah beliau tidak sedar Lee yang meletak jawatan selain meminta maaf mengakui tindakannya itu adalah demi kepentingan PKR atau Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau langsung tidak mengaitkan peletakan jawatannya dengan UMNO.

Mungkin Rafizi dan PKR sudah silap strategi dan cuba berlagak baik demi menutup kerakusan pemimpin-pemimpin parti itu dalam memburu kuasa.

Rafizi, Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali – watak watak besar dalam strategi PRK Kajang masing-masing mengakui bahawa Kajang adalah laluan ke Putrajaya buat PKR dan pakatan rakyat.

Malangnya, UMNO dan BN juga dijadikan kambing hitam.

Sedangkan dalam forum itu, Rafizi secara terangan mengkritik dan memperlekeh Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama UMNO,” katanya seperti dilapor Malaysiakini berdasarkan kenyataan Rafizi di forum itu.
Forum berkenaan dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.

Rafizi juga membayangkan Anwar akan menghadiri Mestyuarat Majlis Raja-Raja dan akan bercakap isu-isu semasa yang berkaitan terutama soal Islam dan Kalimah Allah serta sebagainya.

Sebenarnya, Rafizi tidak perlu emosional cuba memberi gambaran bahawa PKR atau Anwar adalah Robin Hood yang mencuri kononnya untuk membantu orang miskin.

Yang pasti pencuri tetap pencuri dan ianya perbuatan salah.

Mana mungkin Anwar sahaja dilihat dalam negara ini yang begitu hebat.

Barangkali bukan sahaja pengundi Kajang tetapi rakyat negara ini juga akan nampak niat sebenar Strategi PRK Kajang adalah untuk menutup kekecewaan Anwar yang dianggap pemimpin dunia tetapi sejak 16 September 2008, Ketua pembangkang itu lebih dikenali sebagai pemimpin yang cakap tak serupa bikin.-bnbbc.my







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rafizi Dengan Anwar Satu Ketika Dahulu Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 1 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!