Saturday, 1 February 2014

#prkkajang Lee Chong Wei Lawan Anwar

MCA sudah menyenarai-pendek beberapa nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, yang akan diserah kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) untuk membuat keputusan.PRK di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN.

“Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi DUN ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu di Jalan Ampang, ibu negara.

Mengenai cadangan meletakkan jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Liow enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.



Datuk Lee Chong Wei…MCA dicadang meletakkan beliau sebagai lawan Anwar di Kajang

Namun beliau setuju ada kemungkinan populariti Chong Wei dapat menandingi nama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cadangan meletakkan Chong Wei dikemukakan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul semalam.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui pemberita berkata kerusi DUN Kajang itu merupakan kerusi tradisi MCA.

Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan memenangi kerusi DUN itu adalah cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA.

Heng berkata jentera PRK Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada PRK itu nanti.

PRK bakal diadakan di DUN Kajang berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negerinya Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya mengumumkan Anwar sebagai calon seandainya PRK diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan mesyuarat berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#prkkajang Lee Chong Wei Lawan Anwar Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 1 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!