Saturday, 8 February 2014

PRK Kajang Media Siber UMNO Layu Dihujung Mekar! @tunfaisal @najibrazak @khairykj #kajang


Satu ketika dahulu ramai BERSETUJU kononnya pemain media siber UMNO atau penyokong kerajaan adalah tidak membantu, tidak praktikal dan paling sadis di chop kaki pow oleh seorang bekas wartawan yang admin gelarkan 'mesintaipburuk'

Beliau kata "blogger umno" tidak membantu malah dichop "pemeras ugut" kepada pemimpin sedangkan blogger dan facebooker ini mengadap komputer bukan disuruh UMNO pun, Manaboleh dibanding tara seolah olah "majikan" marahkan "pekerja".


inisiatif belajar blogging atau berfacebook ini adalah dari diri sendiri tak perlulah menempelak hanya kerana kononnya senior dan "berjasa" kononnya.

PRK Kajang antara medan tempur genting pada awal tahun ini yang bakal mengheret permainan siber dalam membantu memenangkan salah satu pihak. Tapi apakah yang dibikin oleh para pemimpin UMNO sendiri selain menyibukkan diri seolah olah tidak mengendahkan langsung seperti "kalah sebelum berperang"?

Rata-rata pemimpin UMNO boleh dikatakan tidak mahu perhatikan akan PRK Kajang tetapi ini menunjukkan satu sikap tidak amanah kepada parti itu sendiri. Tiada keperluan untuk berkempen untuk PRK Kajang?!

Cuba kita renungkan apa yang digarap Tun Faisal selaku antara orang yang berpengalaman dalam arus media baru ini. contohnya pengunaan HASHTAG #PRKKajang dan #kajang. [SINI]

Bermula minggu lepas aku melihat lihat ruang siber hanya dipenuhi gambar Anwar sedang berkempen di DUN Kajang sambil memperbodohkan penduduk Kajang dan ini disambut rapi oleh penyokong beliau. Dimanakah keberkesanan media baru UMNO (BMB) sedangkan pemimpin UMNO sendiri 'lepas tangan'?

Rakan Media baru perlukan 'TEKNIK BELIAU' Beliau pergi ke mana?!

Sudah sudahlah menunding jari kepada orang lain sedang sendiri tak pernah nak alert akan perkara-perkara melibatkan moral penyokong sendiri.

Kepada 'mesintaipburuk' tak payah belagak hero 'zaman' anda sudah berlalu, tak reti buat cara tak reti jangan pertikai kerja orang. tak dapat tapak kaki, tapak kaki hamba hulurkan...

Alahai politik Malaysia, harapan rakyat yg diangkat terlalu tinggi, namun akibatnya rakyat atau pengundi juga yang menjadi mangsa. 

Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang kami mengkuang layu,
Kalau pun sudah berasa kuat, Janganlah sampai semua layu.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK Kajang Media Siber UMNO Layu Dihujung Mekar! @tunfaisal @najibrazak @khairykj #kajang Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 8 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!