Wednesday, 5 February 2014

Polis Berpangkat Lans Koperal Dibunuh

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari unit Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa dalam kenyataannya kepada media di lokasi kejadian, di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, mengesahkan penemuan mayat tersebut pada pukul 4.30 petang.

Beliau mengatakan, orang awam yang terlihat mayat terbaring di kaki lima jalan tersebut telah memaklumkan kepada Balai Polis Travers, dan dari siasatan, polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi tersebut.

Pihak polis sedang menyiasat motif pembunuhan. Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - mysuara



Sejak ISA dilupuskan aku lihat penyangak lebih berkuasa 
selepas mereka dilepaskan dari "gathering penyangak" 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Polis Berpangkat Lans Koperal Dibunuh Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!