Sunday, 16 February 2014

Nyaris Rentung MPV Terbakar


Tiga kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan bapanya dalam sebuah Proton Exora nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) itu tiba-tiba terbakar di tempat letak kenderaan Hospital Selayang dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua mangsa yang masing-masing berusia enam, sembilan dan 10 tahun bagaimanapun sempat keluar dari MPV tersebut dengan bantuan orang awam.

Bapa mereka, Painani Awang Hassan, 37, ketika dihubungi berkata, dia terpaksa meninggalkan tiga anak lelakinya di dalam kenderaan itu untuk mengambil isterinya yang keluar dari wad.


"Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam wad, jadi saya tinggalkan mereka sekejap dalam kenderaan yang diletakkan tidak jauh dari lobi serta tidak mengunci pintunya.

"Tetapi ketika turun semula kira-kira 15 minit kemudian, saya dapati kenderaan saya terbakar dan anak-anak pula berada tidak jauh dari situ bersama orang awam," katanya di sini hari ini.

Painani berkata, semasa kejadian, anak sulungnya ternampak api keluar dari bahagian papan pemuka kenderaan bertindak membuka pintu dan keluar bersama dua adiknya.

"Selepas keluar dari kenderaan, orang awam yang berada di kawasan itu membawa mereka jauh dari tempat kebakaran.

"Apa pun saya bersyukur kerana semua selamat dan kami berterima kasih kepada orang awam yang membantu," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, Proton Exora tersebut musnah sepenuhnya manakala sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang diletakkan berhampiran kenderaan itu rosak sebahagiannya.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan tujuh anggota tiba di lokasi pada pukul 4.04 petang serta berjaya memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UM

Daeng : Antara sebab kejadian seperti ini terjadi bila mana ada belakunya pengubahsuaian HARAM yang tidak memenuhi syarat pengubahsuaian kenderaan. Antara faktor keselamatan yang sering diabaikan adalah berkenaan servis kenderaan yang tidak mengikut tahap servis yang disyorkan.

Walaubagaimanapun syukur alhamdulillah anak anak tersebut terselamat, juga dinasihatkan kepada rakyat Malaysia, Jika kejadiaan seperti ini belaku adalah nyawa diutamakan dan jangan pandai pandai nak jadi hero kot lain jadinya. Selamatkan nyawa kalau harta benda tu nak rentung biarkan..Okey guys?!

Bangga dengan orang ramai yang turut membantu...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nyaris Rentung MPV Terbakar Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 16 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!