Thursday, 6 February 2014

Nik Abduh Nik Aziz Pelik Dengan Anwar?!

NIK MOHAMAD ABDUH berpendapat idea-idea besar (strategi) PKR yang digunapakai ke atas PR dewasa ini agak pelik dan perlukan pencerahan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata demikian apabila mendapati beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar PKR yang diimplementasi dalam Pakatan Rakyat (PR) dilihat agak pelik dan kurang disenangi rakyat.

Justeru penjelasan teliti dan terperinci penting bagi memberikan gambaran sebenar untuk menangkis persepsi berkenaan dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalah erti, katanya yang juga Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Kelantan.

Beliau berpendapat kes seperti di Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.

“Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit.

“Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar perlu menghuraikannya dengan lebih jelas,” katanya.

PKR antara lain memberikan alasan pengosongan mengejut kerusi DUN Kajang adalah untuk membolehkan kedudukan PR di Selangor diperkukuhkan; sebagai batu loncatan baggi membolehkan PR menakluk Putrajaya dan Anwar menjadi perdana menteri; serta terbaru bagi mempertahankan Selangor daripada Kerajaan Pusat yang didakwa akan mengisytiharkan darurat bagi mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), para pendokong serta penyokong wajar memahami dan meneliti apakah sebenarnya maksud sebenar Konsensus Nasional.

“Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, maka perkara ini dapat dimatangkan dengan lebih baik lagi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai Konsensus Nasional, beliau turut menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

“Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh. Maka, di mana titik fokalnya?,” ujar beliau.

Menyifatkan hubungan antara BN dan PR sebagai ‘terlalu politiking’ dan penuh tipu muslihat politik, beliau berkata agenda bersama seperti lontaran idea Konsensus Nasional boleh meredakan suhu politik dan disenangi rakyat.

“Ia haruslah menjadi satu gerakan yang benar dan amanah, bukan sekadar projek politik yang kelak akan memeningkan rakyat,” katanya.

Nik Abduh adalah antara pemimpin PAS yang menyokong muzakarah dan juga kerjasama antara PAS dan UMNO/BN jika dilakukan tanpa agenda tersembunyi.

Dalam kenyataan kepada bnbbc.my 28 November lalu mengenai isu tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia Malaysia (COMANGO) beliau menyokong agar isu berkenaan dijadikan langkah pertama untuk muzakarah di antara PAS dan UMNO/BN.

“Isu muzakarah ini adalah isu yang berbangkit dengan hal-hal umat Islam dan hal perpaduan negara kita

“Jadi oleh kerana itu kita (PAS) terbuka dalam hal ini. Yang saya bimbang ialah muzakarah ini dipolitikkan. Jadi hal-hal yang baik ini jika dipolitikkan ia jadi tidak eloklah,” kata Nik Abduh ketika itu.-bnbbc.my


Pada aku anwar tidak akan bertanding di KAJANG kerana..
  • Jika PR kalah disana, BN terpaksa menyelesaikan masalah tertunggak yang kini melanda kawasan tersebut didalam pemerintahan PR. Pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk kadar bayaran sewa peniagaan yang dinaikkan terhadap masyarakat Melayu di Reko. Ini seolah olah PR mahu BN menyelesaikan masalah tersebut kerana kurang keupayaan mereka menunaikan janji mereka sebelum ini.
  • Jika PR menang disana, ia tidak mengubah apa apa yang belaku di Selangor malahan Anwar sedia maklum terdapar 30k pengundi beliau di Pematang Pauh yang kini ditinggalkan akibat mabuk di Kajang.
  • Pemuda PAS antara yang lantang mengecam tindakkan Anwar bertanding di Kajang.
  • Anwar tak ada hati nak jadi MB, Tua gayut tu NAFUS MACAM JIN.
     
Anwar senaja menyerang Kajang hanya kerana mahu memberi isyarat kepada Khalid Ibrahim agar mengendurkan tekanan kepada Azmin Ali selaku "orang kesayangan beliau". kita tunggu siapa sebenarnya diletakkan sebagai calon Kajang pada hari penamaan....Sijubur ini macam macam perangai...kejap depan kejap belakang...tengok video nie.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nik Abduh Nik Aziz Pelik Dengan Anwar?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 6 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!