Wednesday, 12 February 2014

Ngeri! Tragedi Berdarah Seorang Lelaki Cina Maut Ditetak?! [Gambar]

SARAWAK: Pergaduhan di kedai makan dekat Bintangor Sarawak. Seorang lelaki Cina mati ditetak oleh 4 orang lelaki dengan parang.

Pada zaman sekarang ini, janganlah sesekali kita mencipta musuh, kelak kita sendiri akan binasa. Itu mungkin sebagai satu perumpamaan yang boleh kita simpulkan agar sentiasa berwaspada pada setiap masa dan tempat. Seperti yang terjadi di sebuah restoran di Bintangor, Sarawak seorang lelaki maut apabila ditetak oleh dua lelaki memakai topeng muka dan menggunakan parang panjang. Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan. Boleh lihat gambar di bawah ini.


beberapa keping gambar menunjukkan lantai sebuah restoran di Bintangor, Sarawak  yang disimbahi darah selepas seorang lelaki ditetak kini tersebar di laman siber.

Maklumat awal daripada Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafifi Mohd Salim mengesahkan kejadian seorang lelaki Cina berusia 43 tahun telah diserang di sebuah restoran.


Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafifi Mohd Salim. Serangan dilakukan oleh dua lelaki memakai topeng muka dan menggunakan parang panjang.

Mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau ditetak hingga tangannya putus dan mengalami luka dalam di paha.

Mangsa dihantar ke Hospital Sarikei seterusnya ke Hospital Sibu. Dia bagaimanapun mati ketika dalam perjalanan kerana pendarahan teruk.

Pihak polis masih berusaha mengesan penyerang yang dilaporkan melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Vigo berwarna putih.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.











للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ngeri! Tragedi Berdarah Seorang Lelaki Cina Maut Ditetak?! [Gambar] Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 12 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!