Saturday, 22 February 2014

Mohon Bantuan Amal


Kami akan melaksanakan program Program Didik Amal IT dan Media Sosial yang akan menumpukan kepada Latihan Perkomputeran Asas (MS Office, Windows, Linux dan Internet) dan Kursus Asas Juru Teknik Komputer untuk kepada anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin lepasan SPM. 

Latihan ini merupakan satu kerjasama sosial dalam siri Inisiatif Sempoilah Dari Pemuda kepada Anak Muda dengan NGO2 yang berminat bagi meningkatkan nilai pasaran buruh kepada golongan sasaran iaitu Pelajar Miskin dan anak Yatim Lepasan SPM. 

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah dirinya memohon dermakbakti tuan-tuan dan puan-puan agar dapat menyumbangkan komputer-komputer lama yang masih berfungsi untuk memulakan kelas ini. Selain itu, sumbangan dalam bentuk perabot seperti meja banquet, kerusi lipat, whiteboard dan juga peralatan membaikpulih elektronik seperti screwdrivers, long nose, multi-tester, solder, dan lain-lain juga dialu-alukan. Jika ada yang berminat untuk menyumbangkan tempat latihan secara percuma juga kami alu-alukan. 

Bagi tuan-puan yang berminat untuk menyertai kursus yang sama, sejumlah kecil bayaran untuk menampung sewa, utiliti dll akan dikenakan. 

Tuan-puan yang berhasrat untuk memberi zakat ilmu sebagai tenaga pengajar juga dialu-alukan untuk bersama kami. 

Kelas ini akan dimulakan, InsyaAllah dalam seberapa segera dalam tahun ini juga dan buat permulaan akan dimulakan di Wangsa Maju. Satu Majlis Penyerahan Sumbangan akan diadakan dan tuan-puan yang berhasrat untuk membuat sumbangan dijemput hadir termasuklah yang hendak mendaftar diri sebagai peserta program. 

Sekiranya tuan-puan tidak dapat memberikan sumbangan seperti yang tertera, kami dengan takzimnya memohon tuan-puan untuk memanjangkan posting ini dengan cara mengongsi atau share di wall tuan-puan. 

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada saya sendiri 

Azanisham Samat - Pengerusi Makmal Media Sosial Kebangsaan 
Azanisham@meso.org.my 
013-7787942 

Gambar hiasan : Bagaimana mencipta speaker buatan sendiri mengunakan barang terpakai untuk smartphone! 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Mohon Bantuan Amal Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 22 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!