Monday, 3 February 2014

Mengamuk Kerana Dikenakan GST pada 2014?!

"Kenapa bil Astro*** aku bulan ni ada GST 6%? Bulan Lepas tak ada pun?"


Kalau ada kawan-kawan atau orang yang tidak dikenali datang kepada anda sambil membebel seperti caption diatas. 
Bertenang! Ikuti langkah berikut:

  • Minta orang tersebut mengucap dan beristighfar bagi membersihkan hati.Kemudian minta mereka tunjukkan bil mereka yang terdahulu.Anda bernasib baik sekiranya mereka memberi peluang kepada anda membelek bil yang mungkin ada dalam simpanannya.
  • Terangkan kepada mereka bahawa tulisan 'GST' pada bil itu merujuk kepada 'Government Service Tax' atau juga dikenali sebagai "Service Tax". Bukan 'Goods and Service Tax' atau 'Value Added Tax' yang hanya akan diperkenalkan selepas April 2015.
  • Jika mereka terkejut atau buat-buat terkejut,beritahu mereka bahawa 'Government Service Tax' atau 'Service Tax' telah lama dicaj,bukan baru berlaku sehari dua ini.Bahkan sejak 2011 cajnya dinaikkan dari 5% kepada 6%.
  • Jika penerangan anda diterima,ucapkanlah Alhamdulillah.Jika tidak diterima,tinggalkanlah,mungkin orang tersebut tidak merujuk kepada bil perkhidmatan/beliannya di Malaysia tetapi mungkin di negara lain,jadi mungkin anda yang tersalah faham.

PST : Juga terpakai pada resit KFC,McD,Tiket Parking dan lain-lain resit/bil perkhidmatan. (kecuali rumah-rumah urut di Selangor)


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mengamuk Kerana Dikenakan GST pada 2014?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 3 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!