Saturday, 1 February 2014

MCA Wajar Diberi Peluang - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memberi peluang kepada MCA untuk berkhidmat dan mewakili mereka semula di peringkat negeri.

Beliau berkata, semua pihak perlu sedar bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) terbabit berusaha keras untuk kembali berjuang demi rakyat selepas menghadapi kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.

“Saya berpendapat, kita (BN) wajar bertanding dan tidak memberi laluan mudah kepada pihak lawan untuk menang di DUN terbabit.

“Apa yang dilihat kini, MCA mahu menarik semula sokongan dari pengundi dan ia perlu diberi peluang,” 

katanya ketika diminta mengulas mengenai kerusi DUN Kajang yang dikosongkan bagi meberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dr Mahathir berkata demikian selepas menghadiri Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang, di ibu negara, Jumaat.(semalam)


Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
MCA Wajar Diberi Peluang - Tun Mahathir Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 1 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!