Sunday, 9 February 2014

Mayat Mati Diikat Ditemui Di Selangor


Mayat seorang lelaki dengan tangan terikat ditemui tertiarap di Jalan Enggang Timur, Taman Keramat, Selangor. Mayat ditemui seorang pekerja ternakan kambing yang kebetulan melalui jalan pintas di situ kira kira jam 11 malam tadi. Dia kemudian menghubungi polis. 

Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian baju T dan berseluar jeans lusuh. Pemeriksaan forensik menemui kesan kelar di leher mangsa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khailrydin Saad berkata, berdasarkan keadaan darah, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan dibuang di sini. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan senjata ditemui pada mangsa. 

Polis akan mendapatkan keterangan beberapa saksi bagi mengetahui latar belakang mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - mediaprima




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mayat Mati Diikat Ditemui Di Selangor Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!