Monday, 3 February 2014

Karpal Singh Pernah Kena Penampar?!

Semenjak heboh tentang nama Karpal Singh jadi bahan kempen anti penderhaka Sultan saya begitu teruja mahu menulis kisah yang pernah melekat di fikiran .

Bukan apa saya hanya mahu mengesahkan bahawa memang benar Karpal Singh pernah ditampar oleh orang kampung kami yang bernama Kiai Arshad . Kami di Telok Bakong memanggil beliau Tok Sat Gamat .

Peristiwa tersebut berlaku pada akhir 80an kalau tidak silap saya .Menurut akhbar ketika itu beliau telah disaman oleh Karpal Singh .Ketika perbicaraan Kiai Arshad mendakwa telah menampar dari jarak jauh.

Lebih menarik ketika sesi pendakwaan pihak mahkamah untuk membuktikan kesahihan dakwaan Kiai Arshad .Tentang bagaimana cara ' penampor ' itu dilakukan. Tetapi malang apabila Kiai mahu menunjuk demontrasi penampo jarak jauh tidak menjadi.

Akhirnya Kiai Arshad didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara untuk beberapa hari.Sesuatu yang menarik tentang Kiai Arshad beliau tidak sombong terhadap orang orang kampung .Sikapnya yang suka bersedekah kepada kanak - kanak ( wang) termasuk penulis . Malah dengan penduduk kampong juga beliau sering bersedekah.

Beliau pulang ke kampung dengan kereta Jaguar berwarna maroon dan siap TV lagi. Ketika zaman itu tv merah yang diletakkan kereta .fuuhh..macam James Bond .

Hampir setiap kali pulang kampong beliau juga kerap membawa senapang (digambar) dan senapang panah kesayangan beliau .
Khabarnya beliau seorang ahli perniagaan daan pernah berkhidmat sebagai Dukun DiRaja Selangor ( jika silap tolong betulkan).

Ketika pertabalan sultan Azlan shah 25 tahun yang lalu beliaulah antara orang yang paling sibuk . Sebagai penyelaras tapak makam Sultan Muzafar Shah 1 di Kg Padang Marhom , Telok Bakong.

[artikel ini ditulis pada Febuari 2011] - http://www.tranungkite.net/

Labun cikgulin menulis :

Puluhan tahun dulu, kita pernah mendengar Karpal Singh KENA TAMPAR. Ini disebabkan oleh MULUTnya yang celupar menyebabkan orang marah khasnya Masyarakat Melayu.

Dia ditampar oleh Allahyarham Arshad bin Mat Gamat yang tinggal di Selayang. Berasal dari Teluk Bakong, Lambor Kanan, Parit, Perak. Berdekatan dengan Tanah Abang (tempat semanyam Sultan Mudzaffar Shah I - Sultan Perak Pertama).

Disebabkan Allahyarham tidak mahu membayar DENDA beliau dimasukkan ke penjara. Aku sebagai CUCU SAUDARAnya telah menghantar Wang Kiriman Pos berjumlah RM25.00 ke Surat Khabar WATAN (tapi malangnya dikembalikan) kerana ayahandaku pernah berpesan "JIKA ADA SAUDARA MARA YANG PERLU DIIKAT JAMIN. HENDAKLAH KAMU JAMIN, WALAU PUN BERGADAI BERGOLOK". 

Denda beliau telah dibayar oleh NGO Selangor kalau tak silap saya diketuai oleh Dato' Ujang Bagong (sila betulkan, kalau saya silap), jadi dia dilepaskan.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Karpal Singh Pernah Kena Penampar?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 3 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!