Saturday, 15 February 2014

Jelas HINDRAF Bukan Perjuang Kaum India

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini(semalam) mengesahkan menerima surat peletakan jawatan P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu.

Namun Najib menegaskan pemimpin ‘Hindu Rights Action Force‘ HINDRAF itu sepatutnya bertemu dan berunding dengan beliau terlebih dahulu tetapi tidak berbuat demikian.

“Saya menghormati dan menerima keputusan beliau serta mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Keputusan Waythamoorthy meletak jawatan selepas memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Barisan Nasional (BN) bagi memajukan lagi agenda masyarakat India hingga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) dan seterusnya timbalan menteri adalah mendukacitakan, kata Najib.


Najib berkata, Waythamoorthy mungkin mempunyai pendekatan berbeza dalam misinya untuk menghapuskan masalah kemiskinan yang dikatakan menghimpit kaum India.

“Bagi menjayakan persefahaman ini, P Waytha Moorthy seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalinkan kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun Najib menegaskan, selaras dengan pendekatan kerajaan BN di bawah pimpinannya yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, program pembangunan sosioekonomi kepada semua kaum, termasuk kaum India akan terus dilaksanakan.

Menurut beliau keputusan itu diambil kerana sudah berputus-asa dan menganggap jawatan dalam kerajaan yang dipegangnya tidak membantu dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum India.Pada 8 Februari Waythamoorthy mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan berkuatkuasa 10 Februari lalu.

“Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat HINDRAF,” katanya.- bnbbc.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Jelas HINDRAF Bukan Perjuang Kaum India Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 15 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!