Monday, 10 February 2014

Iman Amal Syiah Di Pahang Di Tahan!

Suspek simpan batu Karbala, buku berkaitan ajaran diharam

Rompin: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam berusia 64 tahun di Ladang RISDA Pekoti Timur, Ulu Keratong, di sini, kira-kira jam 2 petang kelmarin, kerana disyaki mengamalkan ajaran Syiah.

Suspek ditahan selepas JAIP menerima aduan daripada orang awam yang mengesyakinya mengamalkan ajaran Syiah termasuk menyimpan barangan seperti buku dan tasbih yang menjurus kepada fahaman berkenaan. 


Ketua Penguatkuasanya, Mohd Raffli Abd Malik, berkata siasatan awal mendapati suspek mengamalkan ajaran itu secara sembunyi sejak 2007 dan pernah berkunjung ke Iran untuk bertemu pemimpin Syiah semata-mata mendalami ajaran berkenaan. 

Katanya, pemeriksaan lanjut dijalankan di rumah suspek membawa kepada penemuan kira-kira 20 buku berkaitan Syiah, batu serta tasbih dari tanah Karbala atau Turba dan kain kapan, khusus untuk digunakan pengikut ajaran berkenaan jika berlaku kematian.

Maklumat awam

“Serbuan ini dilakukan hasil maklumat awam yang curiga dengan tindakan suspek yang menyimpan batu Karbala serta beberapa jenis buku mengenai pemimpin berfahaman Syiah. Selepas mendapat maklumat ini, kami melakukan pemantauan selama dua bulan sebelum mengambil tindakan.

“Ketika serbuan di kuarters milik RISDA yang didiami suspek, kami turut menahan anak lelaki suspek berusia 33 tahun, manakala isteri suspek dikatakan tinggal di rumah keluarga berkenaan di FELDA Selancar 1, dekat sini,” katanya di sini, semalam. 
Mohd Raffli berkata, suspek kini ditahan bagi membantu JAIP melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 165/170 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

“Anak lelaki suspek bagaimanapun dibebaskan selepas siasatan dijalankan JAIP mendapati dia tidak terbabit dalam ajaran Syiah, namun kita tetap akan merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Di Gombak, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu markas Syiah yang dipercayai menjalankan aktiviti penyebaran ajaran yang diharamkan itu dengan berselindung di sebalik nama syarikat, di Taman Sri Gombak, kelmarin. - BH




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Iman Amal Syiah Di Pahang Di Tahan! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 10 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!