Wednesday, 5 February 2014

Dua Individu Mohon Maaf Pada Kayveas

Dua bekas anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) memohon maaf secara terbuka kepada presiden parti itu, Datuk Seri M.Kayveas kerana didakwa mencemar imej PPP dan cuba membatalkan pendaftaran parti pada 2009.

Melahirkan kekesalan mereka, bekas anggota majlis tertinggi, Dr N.A Shanmuganathan dan bekas ketua cawangan Brickfields Utara, M. Jeyaratnam berkata mereka kesal dengan tindakan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti dan kepimpinannya (sebelum ini).

"Kami ingin menyatakan betapa menyesal mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Presiden dan ingin menjelaskan bahawa kami telah dikelirukan dengan membuat kenyataan-kenyataan terbabit oleh musuh politik beliau," kata kedua-duanya dalam kenyataan bersama di Kuala Lumpur, Selasa.

Kenyataan itu dihantar kepada BERNAMA.


Pada Mei 2009, Shanmuganathan dan Jeyaratnam adalah antara tujuh anggota yang disingkirkan daripada parti itu oleh lembaga disiplin termasuk bekas anggota majlis tertinggi Senator Datuk T. Murugiah (bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini seorang anggota MIC), K. Tanggaraju, S. Kanesan, S. Saravanan dan R. Rajandran.

Shanmuganathan berkata keupayaan, kemampuan dan dedikasi Kayveas banyak menyumbang kepada pembinaan PPP dengan aktiviti yang kukuh dan berdaya maju untuk kekal sebagai satu daripada anggota komponen Barisan Nasional yang kuat.








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dua Individu Mohon Maaf Pada Kayveas Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!