Thursday, 27 February 2014

Daim tidak adil - Dr Salleh

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, membidas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kerana tidak adil dalam memberi kritikan terhadap dasar-dasar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Dr Salleh Said merujuk kepada temubual Daim Zainuddin mengenai dua isu, inflasi dan perpaduan dalam hendaklah ditukar kepada KiniBiz.

Menurut Dr Salleh, pada tahun 1981 bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara, kadar inflasi lebih daripada 10%. Pada 1984, bila Daim menjadi Menteri Kewangan, kadar inflasi 4%. Ia kemudian menurun pada tahun 1985 sewaktu berlaku kegawatan ekonomi (recession) di mana keadaan ekonomi, pasaran saham, harga hartanah dan lain-lain juga merudum. Hakikatnya berlaku keadaan deflasi yang mengakibatkan ramai yang muflis.

Justeru itu menurut Dr Salleh, inflasi kosong atau keadaan deflasi pada hakikatnya bukannya satu keadaan ekonomi yang baik kepada pengguna dan rakyat terutama kepada pelabur-pelabur.

Pada 1991, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar inflasi meningkat pada kadar 5%. Tahun 1998, setelah Anwar dipecat, Daim dilantik semula Menteri Kewangan, kadar inflasi meningkat pada kadar 6%.

Semasa Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri kadar inflasi menghampiri 9%. Pada hari ini kadarnya adalah 3%.

Rakyat atau pengundi merungut merungut mengenai kenaikan harga, sesuatu yang menjadi asas kritikan Daim terhadap pentadbiran Najib. Sudah tentu, ada cara menangani isu kenaikan harga tersebut. Salah satu ialah melalui kawalan harga dan kedua ialah melalui pemberian subsidi.


Bagaimanapun menurut bekas Ketua menteri Sabah itu, sekiranya kerajaan memilih cara kawalan harga, kerajaan juga terpaksa membayar kosnya. Daripada mana kerajaan mendapat wang itu? Ia diperolehi daripada cukai-cukai yang juga dipungut daripada rakyat. Rakyat sebagai pengguna juga membayar kos daripada kawalan harga tersebut secara tidak langsung

Dr Salleh mengambil contoh kenaikan harga tol. Kerajaan membayar ratusan juta setiap tahun kepada pemilik konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan harga tol. Walhal rakyat Malaysia yang lain di Sabah dan Sarawak, yang tidak menggunakan lebih raya bertol, memberi sumbangan wang yang besar untuk faedah pengguna jalan raya di Lembah Kelang.

Sudah tentu cara seperti ini akan menggembirakan rakyat dan pengguna jalan raya dalam bandar-bandar besar, tetapi persoalannya adakah ini sesuatu yang adil kepada pengguna jalan raya yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai jalan raya yang sempurna, jauh sekali menikmati lebuh raya yang besar?

Seperkara lagi yang disebut Daim ialah kerisauan rakyat tentang politik kaum dan agama. Daim sendiri mengakui parti-parti politik sebagai punca. Memang benar kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan kerana meniupkan sentimen kaum dan agama, tetapi soalnya, kenapa Daim meletakkan bulat-bulat kesalahan itu pada Najib!

Apa yang berlaku hari ini pernah terjadi pada 1987 sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kerajaan pada ketika itu mengambil tindakan tegas dengan menangkap pemimpin-pemimpin yang menghasut melalui Operasi Lalang dibawah ISA.

Apakah ISA masih relevan? tanya Salleh. Di satu pihak rakyat meronta-ronta mahukan liberalisma, demokrasi, kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk berhimpun dan sebagainya. Manakala di satu pihak lagi, mereka menuduh Najib lembik dan tidak tegas.

Tidak dinafikan, secara sepintas lalu kelihatan keadaan yang berlaku hari ini seperti tidak terkawal kerana ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan terhadap kebebasan dan sikap liberal kerajaan. Mahahtir pernah berkata Malaysia tidak boleh dibenarkan terlalu mengamalkan demokrasi terbuka kerana rakyat akan salah guna kebebasan jika kebebasan itu diberikan kepada mereka. - FMT


Ibarat sepasang selipa Jepun kalau cabuk tu memang dimamah zaman, tapi orang zaman ini pakai kasut crock itupun boleh dikelaskan dah tertinggal bas. Kritik sebab "benda" dengan kritik sebab "sayangkan" itu perkara biasa kepada orang yang berkepentingan.

Kadir dan Tun Daim ini ada game plan nya..Sepasang selipa jepun yang sesuai pada zaman jepun kini berpasangan. Memang sesuai... Apa yang mereka mahu lagi?!Kalau nak dikirimkan ke alam barzakh tunggu la tak lama lagi pon..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Daim tidak adil - Dr Salleh Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!