Saturday, 22 February 2014

Cerita Dari Pejabat Mewah Waytha Moorthy Di JPM

Bukan main menyalak Waytha kononnya PM tak mahu bantu bangsa India padahal dia menterkedarah ikut tekak dia.

Sepertimana dalam perjanjian MOU antara Hindraf, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil “Expert Steering Committee” dimana jawatan kuasa ini akan mempunyai 5 orang ahli yang terdiri daripada seorang pengerusi yang akan dilantik oleh Perdana Menteri dan dipersetujui oleh HINDRAF termasuk 2 wakil dari Barisan Nasional dan 2 Wakil dari Hindraf. Perdana Menteri mencadangkan agar seorang Menteri Kabinet India dijadikan sebagai Pengerusi bagi “Expert Steering Commitee” namun Waytha Moorthy menolak perlantikan mana-mana ahli politik dalam jawatankuasa tersebut.

Kemudiannya Perdana Menteri mencadangkan Tan Sri Dr. Tambirajah dari Sri Murugan Centre untuk dijadikan sebagai pengerusi namun ia juga ditolak oleh Waytha Moorthy dengan alasan Tan Sri Tambirajah ialah ahli akademik dan berbangsa Ceylonese. Beliau tidak akan memahami sentimen kaum india.

Waytha Moorthy mencadangkan beberapa nama seperti Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Tan Sri Dzulkifli Razak (Bekas VC USM), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin (Former SIRIM D-G) dan Datuk Dr. Dension Jayasooria (UKM). Waytha Moorthy juga turut mencadangkan 2 nama wakil dari Barisan Nasional juga.

Akhirnya PM mencadangkan Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Bekas Menteri Kabinet dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional untuk dijadikan pengerusi bagi Expert Steering Committee. Waytha Moorthy setuju dan mengiktiraf perlantikan Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi ESC. Waytha Moorthy turut menyetujui 2 Wakil Barisan Nasional yang dipilih ialah Tan Sri Dr. Thambirajah and D. Ravindran dari PEMANDU. Kesemua mereka dilantik secara rasmi pada 18 September 2013.

Mesyuarat pertama Expert Steering Committee dijadualkan oleh Pengerusi ESC pada 7 November 2013 di mana Hindraf masih belum mengemukakan nama 2 orang wakilnya. Setiausaha Sulit Waytha Moorthy telah dimaklumkan mengenai mesyuarat ESC dan telah meminta menyerahkan dua nama wakil hindraf agar surat perlantikan dikeluarkan secepat mungkin.

Namun tiada nama yang diberikan malah Waytha Moorthy meminta untuk berjumpa dengan Pengerusi terlebih dahulu sebelum mesyuarat ESC. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada 7 November 2013terpaksa dibatalkan dan satu pertemuan antara Waytha Moorthy dan Tan Sri Yackop dijadualkan pada 8 November 2013. Pengerusi ESC Tan Sri Yackop setuju dengan pemintaan Waytha Moorthy dan beliau komited untuk menjalankan tugasnya.

Tetapi pada 8 November 2013 Waytha Moorthy membatalkan pertemuan dengan Pengerusi dengan alasan mahu mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai Expert Steering Committee.Kecewa dengan tindakan Waytha Moorthy yang asyik memberi alasan dan menolak mesyuarat ESC, Tan Sri Yackop menolak jawatan sebagai Pengerusi ESC pada 8 November 2013 pada hari yang sama.



Mengikut sumber lagi :
Apabila penulis mencecah kaki masuk ke pejabat Tuan Senator Waythamoorthi selepas beliau mengambil sumpah ini yang penulis nampak. Penulis pernah bekerja di pejabat yang sama dari 19 July 2012 hingga 6 Mei 2013. 

Kerusi baru , carpet baru , cat dindinh baru , meja baru , TV LED baru dan lain-lain pengubahsuaian telah dibuat. [artikel penuh berserta gambar]








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cerita Dari Pejabat Mewah Waytha Moorthy Di JPM Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 22 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!