Sunday, 2 February 2014

Beta bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan - Yang di Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini bertitah agar semua lapisan rakyat memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Seri Paduka bertitah usaha pembangunan negara yang dilakukan kerajaan ketika ini seharusnya dipuji kerana ia telah dapat melonjakkan Malaysia ke kedudukan ke-12 negara paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan.

“Beta bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan. Beta yakin usaha transformasi yang dilakukan ketika ini akan memastikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020,” titah Tuanku Abdul Halim.

Baginda bertitah demikian pada majlis penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara, Jalan Duta, di ibu negara pada SAbtu.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan hadir ke majlis berkenaan.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Beta bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan - Yang di Pertuan Agong Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 2 February 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!