Saturday, 11 January 2014

Tun Mahathir Syorkan ISA Dikuat-kuasa Semula

Saranan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasa semula mendapat sokongan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyokong dan mengalu-alukan jika undang-undang itu dikuatkuasakan semula.


Khalid dalam sidang akhbar pada Jumaat memberitahu, jika ISA dikembalikan, undang-undang itu pasti membantu meningkatkan penguatkuasaan polis dalam menjaga keselamatan awam.



“Tidak salah jika ISA dikembalikan dan saya menyokong jika usaha itu ada,” katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Sementara itu, UMNO Bahagian Cheras mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan Dr. Mahathir ISA diwujudkan semula bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlalu ekstrem untuk menjatuhkan negara.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, cadangan mantan Perdana Menteri perlu diberikan perhatian kerana ‘pemansuhan’ ISA ternyata tidak memberi kesedaran kepada kumpulan minoriti yang menggunakan kebebasan dan politik kekerasan untuk berkuasa.

Sejak ISA dimansuhkan jelas beliau, pelbagai pihak termasuk kumpulan radikal yang berselindung disebalijk pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) cuba mencetuskan ketegangan dalam masyarakat sehingga membangkitkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tun Mahathir Syorkan ISA Dikuat-kuasa Semula Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 11 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!