Saturday, 25 January 2014

Salji Bakal Turun Di Malaysia? #kiamat

Baru baru ini kita digembar gemburkan dengan kisah belakunya litupan ais/salji di Indonesia yang bakal menggemparkan nusantara.

Sekeping gambar yang dimainkan dalam beberapa blog terutamanya kepada yang kurang membaca dan tak tahu apa itu iklim dunia pastinya akan menyogok pembacanya agar mempercayai akan kejadian ini.


admin merasakan kita umat islam yang percaya akan AL-Quran dan kejadian-kejadian alam ciptaan Allah swt agar tidak memanipulasikan ia dengan sewenang wenangnya kerana ia bakal menganggu gugat keimanan kita kepada rukun-rukun iman.

Bayangkan bertapa buruknya keadaan yang bakal menyerang akidah umat islam jika kejadian yang tidak benar ini disogokkan perbandingan yang belum tercapat maksudnya pada zaman ini. Dunia belum kiamat akan tetapi kiamat itu PASTI, dan kiamat kita akan terbit bila bila masa iaitu MATI.

Media barat bukanya semua betul hanya nak memesong kan akidah umat islam. Lebih-lebih mereka proksi yahudi-amerika.

Tiada salji yg bakal turun di malaysia (seperti yang dikatakan)KECUALI atas kehendakNya. Cuaca sekarang hanya kerana angin monsun sahaja. Perlis pernah mengalami cuaca paling sejuk 17.0 darjah celsius sekitar tahum 1993 sekarang  ini di Perlis baru 20.7 darjah celsius.


portal indonesi juga ada menafikan kejadian ini pada 2012 kini dimainkan semula pada penghujung 2013 ? http://www.lintasberita.web.id/badai-salju/

Sidang akhbar :

Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain. 


Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah 

disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk. 

Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi. 

Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan. 

Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun. Pemantauan keadaan cuaca di Indonesia adalah di bawah tanggungjawab Badan  Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika. 

Jabatan Meteorologi Malaysia 
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 
23 Januari 2014 
www.met.gov.my 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Salji Bakal Turun Di Malaysia? #kiamat Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 25 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!