Thursday, 30 January 2014

Rafizi sering menipu - Shaiful Hazizy

Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang :

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing.

Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yang sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti-bukti yang kukuh.

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yang ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli ahli pakatan rakyat yang semakin hari semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mencabar dan mendesak Sdr Rafizi

1) mendedahkan siapa dalang dan individu yg merancang konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri

2) Apakah butir-butir dan perancangan pihak-pihak yang terlibat bagi mengerakkan gerakan konspirasi menggulingkan Perdana Menteri.

Pemuda UMNO Kedah percaya kegagalan Rafizi mendedahkan 2 persoalan diatas akan membuktikan lagi asas bhw PKR kini berada didalam krisis kepimpinan dan keyakinan yang amat teruk sehingga cuba mengheret UMNO untuk menjadi "kambing hitam" bagi mengaburi kelemahan mereka.

Kegagalan Rafizi menjawab persoalan diatas juga akan menguatkan lagi imej beliau sebagai penipu, penfitnah, pengadu domba dan jesteru itu tidak selayak beliau memegang jawatan sbg Pengarah Strategi parti PKR

Datuk Shaiful Hazizy
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.

Crdt : Team Media Kedah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rafizi sering menipu - Shaiful Hazizy Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 30 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!