Thursday, 30 January 2014

#prkkajang : BN Call His Bluff

Serampang Kajang, Selangkah ke Putrajaya EXTREME... CALL HIS BLUFF

Kebelakangan ini tulisan saya lebih tertumpu kepada isu isu semasa dan ekonomi, tetapi bila terbaca tulisan kawan sekolah saya, rasa terpanggil memberi pendapat.

Sebenarnya saya masih tersenyum teringatkan tulisan Rafizi dibawah. Agak puitis dan amat nyata beliau memang pandai bermain dengan sentimen rakyat. Walaupun dia menyatakan "saya budak mentah dan kurang tahu bersilat politik", he was just being very humbled actually.

"Saya perlu meminta maaf kepada Rakyat Malaysia amnya dan Pengundi Kajang kerana Pilihanraya Kecil (PRK) sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat, tatkala bersusah payah dengan kemelut harga barang naik." antara katanya.

Tulisan beliau seolah olah berterus terang dan bersimpati dengan keadaan rakyat, bersetuju yg PRK Kajang menghabiskan masa dan wang, tapi masih perlukan 'pengorbanan' yg lebih besar kononnya.

ALANGKAH baiknya kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh pihak BN untuk "call his bluff". Katakan ya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yg menitik beratkan masalah rakyat, berusaha meringankan beban rakyat melalui beberapa pendekatan kempen turun harga dan sebagainya. Kerajaan bersetuju dengan Pengarah Strategik PKR yg PRK Kajang sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat. PRK adalah jelas permainan dalaman PKR, menjadikan rakyat sebagai mangsa dan bahan ujian.

DENGAN itu BN tidak akan menamakan calon, kerana mahu memfokuskan kepada penyelesaian masalah rakyat. Politiking yg melampau dan yg jelas menjadikan Demokrasi sebagai medan bahan ketawa tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran BN.

-----

Saya tidak nampak langsung faedah daripada mencalonkan calon BN utk PRK ini. Kerusi ini kerusi kuat PKR. Dan sekiranya memang pun tidak akan membawa apa-apa perubahan di Selangor. Dan sekiranya kalah, ada besar kemungkinan BN akan kalah BESAR, akan terus BERKOKOK lah PKR ini.

LETS NOT PLAY THEIR GAMES, PLAY OURS AND PLEASE PLAY IT WELL. WHY BN ALWAYS HAVE TO BE ON THE DEFENSIVE SIDES, TAKING THE BACKSEAT, WHILE WE KNOW ATTACKS ARE BEST DEFENCE.

Khoo Kheng Keat dan Tan Boon Leong, digeruni lawan semasa mereka garang menyerang "attack", dan kalah lesu longlai bila mana asyik bertahan, seolah olah tidak lagi wujud sekarang ini...

Masanya sudah sampai (kalau tidak mahu terkulai layu dan menjadi sejarah), untuk BN lebih dilihat TEGAS, BERWIBAWA DAN BERPENDIRIAN. PLAY YOUR OWN GAMES, SIRS.

-CuitOrangKayaHajiMenulis...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#prkkajang : BN Call His Bluff Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 30 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!