Friday, 10 January 2014

Petisyen PRU 13 Dun Lubuk Merbau Ditunda!

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menetapkan 16 Januari ini sebagai tarikh keputusan petisyen seorang pengundi yang mencabar kemenangan calon BN bagi kerusi Dun Lubuk Merbau pada PRU13.

Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu bagi menimbang semula segala hujahan dari kedua-dua pihak sejak perbicaraan tersebut dijalankan bermula Rabu lalu.

Menurutnya, beliau memerlukan masa untuk meneliti segala dokumen dan hujahan yang dikemukakan sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, pempetisyen, Mohd Ridzuan Asit mempertikai dan membantah peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Alice Loke kerana tidak layak untuk mewakili responden kedua itu kerana beliau adalah Peguam Kanan Persekutuan.

Dalam bantahannya, Mohd Ridzuan berkata, Peguam Kanan Persekutuan tidak layak untuk mewakili SPR yang merupakan badan bebas berkecuali.

Katanya, SPR sepatutnya mendapatkan peguam bela daripada firma guaman dari majlis peguam bukannya dari Jabatan Peguam Negara yang hanya layak bertindak atas kepentingan rakyat bukan kerajaan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Norazmi Narawi bertindak mempertahankan Alice dengan menyatakan kehadiran peguam terbabit bukan mewakili SPR tetapi Peguam Negara seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Perintah 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 tidak terpakai oleh Peguam Kanan Persekutuan berikutan mereka terikat dengan Akta Prosiding Kerajaan 1956.


Datuk Siti Salmah Mat Jusak diwakili empat peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein.

Pada PRU13 yang lalu, Siti Salmah menewaskan calon Pas Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi. - ROSDALILAH ZAHARI



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Petisyen PRU 13 Dun Lubuk Merbau Ditunda! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!