Sunday, 12 January 2014

Perang Hingga Azmin Disingkir Dari PKNS

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui telah menerima surat bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Namun, Azmin ketika dihubungi Utusan Online berkata, beliau akan memaklumkan secara terperinci mengenai perkara tersebut kemudian.

"Saya dah dapat surat tadi. Saya akan maklumkan secara terperinci tentang perkara itu kemudian," katanya.

Hari ini, laporan blog www.klxpress.com.my/ berkata Azmin telah dipecat daripada jawatan tersebut.


Azmin sebelum ini dikatakan mempunyai krisis dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana dikatakan mempunyai niat dan hasrat untuk memegang jawatan tersebut namun kecewa kerana Khalid Ibrahim tetap dinamakan sebagai Menteri Besar. 

Krisis antara beliau Khalid menjadi lebih terbuka kerana beberapa kali Azmin meluahkan perasaannya melalui laman media sosial Twitter.

Beliau juga yang bersifat lebih kritikal terhadap keputusan Khalid terhadap beberapa isu termasuk isu kenaikan gaji Adun, Exco, Speaker dan Menteri Besar yang keterlaluan akhir tahun lepas.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Perang Hingga Azmin Disingkir Dari PKNS Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!